Gambar

9 Julai 2022(Sabtu)| 10.00 Pagi | Penyerahan Bantuan Sumbangan MAFI Prihatin kepada mangsa Banjir Daerah Baling. Majlis Penyerahan Bantuan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato Haslina Abd Hamid Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan bertempat di Dewan Yayasan Khairiah,Baling.
Seramai 120 orang mangsa yang ditimpa musibah telah menerima bantuan tersebut. Semoga bantuan yang diberikan dapat menyuntik semangat serta meringankan bebanan musibah yang melanda kepada mereka.
Turut hadir bersama dalam majlis tersebut YB Ahli Parlimen Baling serta YB Ahli Parlimen  Sik dan Ketua Jabatan dan Agensi Mafi Negeri Kedah.