Maklumat Pasaran

Pengenalan 

Selain daripada membantu kerajaan membuat dasar dan perancangan strategik bagi sektor pertanian, maklumat pasaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Maklumat Pasaran FAMA juga boleh digunakan oleh para petani dan pengusaha pertanian untuk memahami pasaran mereka, khususnya potensi pasaran di dalam dan luar negara bagi produk-produk yang dikeluarkan. 

Maklumat Pasaran amat berguna untuk mengenalpasti perubahan harga di peringkat ladang, borong dan runcit. Maklumat pasaran juga dapat membantu pengeluar dan pemasar dalam merancang aktiviti mereka dengan lebih berkesan. 

Pengutipan dan penganalisisan data dirancang dan dilaksanakan dengan teliti menggunakan kaedah statistik yang sesuai bagi mendapatkan maklumat yang setepatnya. 

Maklumat yang dikeluarkan dalam bentuk data dan juga laporan ini disebar melalui beberapa saluran, iaitu:

  • AMI (Agri Market Information) 
  • Perpustakaan Ibu Pejabat FAMA
  • Laman Sosial Rasmi Bahagian Maklumat Pasaran

Penerbitan-penerbitan yang dikeluarkan :

  • Laporan Senario Semasa Bekalan Permintaan dan Harga Pasaran Mingguan Hasil Pertanian di Malaysia
  • Statistik Utama Pemasaran FAMA
  • Warta Barangan
  • Data Siri Masa
  • Kalendar Buah-Bermusim

Laporan-laporan ini boleh didapati oleh pihak umum secara percuma daripada Bahagian Maklumat Pasaran FAMA Ibu Pejabat dan di FAMA Negeri. Maklumat juga boleh diperoleh dengan:

  • melayari laman web FAMA di www.fama.gov.my
  • emelkan permohonan ke maklumatpasaran@fama.gov.my 
  • mengisi Borang Permohonan Data 
  • hubungi kami di talian 03-61362020 samb. 2141/2153 (Unit Pengurusan & Penyebaran Data, Bahagian Maklumat Pasaran)