Institut latihan FAMA Port Dickson (ILFPD) adalah sebuah institut latihan awam bagi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.
Institut latihan yang bercirikan resort ini terletak di kawasan pantai Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan. Institut latihan ini menyediakan perkhidmatan kemudahan bagi tujuan program latihan kepada organisasi kerajaan atau swasta. Selain itu, perkhidmatan sewaan penginapan juga turut ditawarkan kepada kakitangan serta individu awam.