Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
-
Memproses setiap Permohonan e-Sijil 3P yang telah divarifikasikan melalui Sijil Perakuan Pematuhan Dieksport yang dipertanggungjawabkan kepada FAMA dalam tempoh 1 hari bekerja.
-
Memberi Khidmat Pemasaran dengan mengaturkan jadual pemasaran hasil-hasil pertanian berkualiti bagi pihak pekebun kecil mengikut harga pasaran dalam tempoh 1 hari bekerja.
-
Memberi Khidmat Maklumat Pasaran dengan membekalkan maklumat terkini hasil-hasil pertanian terpilih untuk kumpulan sasar membuat keputusan pemasaran dalam tempoh 1 hari bekerja.
-
Membalas Maklum Balas Pertanyaan Yang Diterima daripada orang awam dalam tempoh 1 hari bekerja dan Menjawab Sepenuhnya Aduan Awam bermula daripada tarikh aduan diterima dalam tempoh 1 minggu bekerja.
-
Memproses Permohonan Penyertaan Pasar Tani atau Pembaharuan Permit Berniaga Pasar Tani dari tarikh permohonan lengkap diterima dalam tempoh 1 minggu bekerja.
-
Memproses Permohonan Sebagai Vendor Agromas / Olemas dari tarikh permohonan lengkap diterima dalam tempoh 1 bulan bekerja.