20 Mac 2025 | Khamis | Majlis " Sungkey Ngan Kamek Orang" | Pejabat FAMA Negeri Sarawak
Majlis dimulakan dengan tazkirah agama bertajuk “10 Malam Terakhir Ramadan” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Muiz Zakaria bin Julaihi, memberikan peringatan serta penghayatan mengenai keistimewaan dan keberkatan malam-malam terakhir Ramadan. Selesai tazkirah, majlis diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan majlis berbuka puasa bersama Ahli Lembaga Pengarah FAMA. Acara kemudiannya disusuli dengan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah, memperkukuh semangat ukhuwah serta mengimarahkan lagi suasana Ramadan. Turut hadir dalam majlis ini YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YB Puan Young Syefura binti Othman, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Tuan Haji Mohd Unit bin Haji A Bakar, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Dr. Mohamad Sofee bin Razak, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Encik Johari bin Yazid, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Encik Mohd Faizul bin Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Puan Norsalawaty binti Abdul Kadir, Pengarah FAMA Negeri Sarawak, dan Dr. Shahiida binti Musa, Pengarah Kanan Dasar & Perancang Strategik FAMA Majlis ini bukan sahaja memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga FAMA tetapi juga mengeratkan semangat kebersamaan dalam menyambut keberkatan Ramadan.
Last Update:
Aplikasi Jumlah Pelawat ini hanya dipaparkan untuk Pengurus Laman bagi tujuan mengubah configurasi.