Gambar

4-6 Mei 2024 |Ekspedisi Madu Tualang | Hutan Simpan Ulu Muda, Sik, Kedah

Penganjuran Ekspedisi Madu Tualang 2024 disertai seramai 20 pegawai dan kakitangan FAMA Ibu Pejabat serta Negeri Kedah. Ekspedisi ini diketuai oleh En. Isa bin Hamzah, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Institusi Pemasaran FAMA. Ekspedisi kali ini lebih bermakna dengan penyertaan bersama YBrs. Tn. Hj. Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, Dr. Mohamad Sofee bin Razak, Ahli Lembaga Pengarah FAMA dan En. Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.

Ekspedisi ini bertujuan bagi melihat sendiri proses memungut madu lebah tualang oleh pengumpul dan mengesahkan ketulenan sumber bekalan. Ia juga dapat mengetengahkan aktiviti ini sebagai pakej pelancongan di bawah skop agrotourism pada masa akan datang dan mengambil bahagian dalam memelihara alam sekitar bagi melindungi habitat lebah untuk mengekalkan sumber bekalan madu tualang. Selain itu, memberi pendedahan kepada para peserta untuk merasai perit jerih pengumpul madu yang mendapatkan bekalan untuk dijual kepada Pusat Memproses Madu FAMA (PMMF) Kuala Nerang, Kedah sebagai sumber pendapatan.