Buletin Tinjauan Pasaran Keluaran Hasil Pertanian & Produk IAT
Buletin Tinjauan Pasaran Keluaran Hasil Pertanian & Produk
Buletin Pasaran Keluaran Hasil Pertanian & Produk Industri Asas Tani dikeluarkan sekali dalam setahun untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai prospek pasaran dan industri serta penemuan baharu dalam sektor pertanian. Komoditi yang diliputi ialah sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan tanaman industri serta isu semasa industri pertanian dan asas tani.
Liputan Artikel- Analisis Industri & Pasaran
- Prospek Pasaran
- Kenali Ternakan & Potensi
- Inovasi & Transformasi
- Petani/Usahawan Berjaya
- Kesihatan
- Satu kali setahun
Kumpulan Sasaran
- Warga FAMA
- Agensi Kerajaan, Swasta dan Perseorangan
- Semua yang terlibat dalam sektor Pertanian dan Industri Asas Tani secara langsung atau tidak langsung
Permohonan boleh dilakukan dengan cara menghantar emel kepada Bahagian Maklumat Pasaran iaitu maklumatpasaran@fama.gov.my. Laporan akan dihantar di dalam bentuk softcopy atau sambungan link laman extranet FAMA. Untuk mendapatkan hardcopy, boleh terus datang ke Perpustakaan Ibu Pejabat FAMA Tingkat 6. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Ibu Pejabat FAMA iaitu 03-61362020 samb. 2141.