Pasar Tani

PENGENALAN

Pasar Tani juga telah diperkenalkan pada tahun 1985 oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Yg Ke-10 yang ketika itu Menteri Pertanian.

Pasar tani pertama telah dibuka di Kompleks Bilik Sejuk FAMA Tampoi, Johor Bahru pada 31 Januari 1985.

Pasar Tani merupakan konsep di mana pengeluar memasarkan hasil keluaran mereka sendiri secara terus kepada pengguna.

Pasar Tani ini juga diwujudkan sebagai “Medan Pertemuan Pengeluar-Pengguna” iaitu pengeluar dapat berinteraksi secara terus dengan pengguna.

Di awal penubuhannya pada tahun 1985 pasar tani hanya berjumlah 12 buah melibatkan 317 orang peserta dengan nilai jualan RM 1.4 juta setahun.

Sepanjang tempoh tersebut pasar tani telah melalui 4 fasa berikut;

  • Fasa Pengenalan (1985 – 1995)
  • Fasa Pengukuhan (1996 – 2005)
  • Fasa Pemodenan (2006 – 2015)
  • Fasa Transformasi, Inovasi & Digital (2016 – kini)

Objektif

  1. Meningkatkan penglibatan secara langsung petani, pengeluar dan usahawan dalam pemasaran hasil pertanian serta produk asas tani.
  2. Meningkatkan pendapatan petani, pengeluar dan usahawan.
  3. Menyediakan akses langsung kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan hasil pertanian dan produk asas tani pada kualiti dan harga yang munasabah.

 

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Keutamaan diberikan kepada petani dan pengeluar hasil pertanian.
  4. Pengendali makanan diwajibkan mendapatkan suntikan pelalian TYPHOID (TY2) serta memiliki Sijil Pengendalian Makanan yang sah. Sijil tersebut hendaklah dilampirkan bersama borang permohonan.
  5. Pemohon daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) perlu mengemukakan kad pendaftaran rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai bukti kelayakan
  6. Pemohon diwajibkan mempunyai kod QR yang sah bagi tujuan pembayaran atas talian.