FAQ
Soalan Lazim
Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM Sabah) dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak (KPP Sarawak) sebagai pengeluar dan FAMA/LPNM sebagai pembeli dan juga sebagai pemudahcara. Pembeli lain dalam program ini adalah pihak swasta yang terdiri dikalangan pengeksport, pasaraya, pemproses, pemborong dan sebagainya. Dalam program ini petani bersetuju mengeluarkan hasil tanaman pada kuantiti, kualiti dan jadual hantaran yang ditetapkan dan pembeli-pembeli bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman pada harga yang dipersetujui bersama.
Bagi pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran, Program Ladang Kontrak memberi tumpuan kepada ladang kelompok di samping usahawan dan pengeluar individu di bawah Jabatan/Agensi dan pengeluar individu swasta. Bagi komoditi nanas pula, pelaksanaannya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM).
- Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan
- Menjana dan menambah pendapatan
- Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih baik sistematik daripada agensi dan jabatan
- Jaminan khidmat nasihat kemudahan kredit modal melaksanakan projek
- Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.
| Projek Kelompok | Jabatan Pertanian |
| LPP/PPK Projek | LPP/PPK |
| Projek Nanas | LPNM |
| Projek Swasta/Individu | FAMA |
Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja oleh Jawatankuasa Ladang Kontrak. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pengesahan menyertai Program Ladang Kontrak oleh FAMA beserta dengan dokumen ikatan kontrak. Bagi mengetahui syarat-syarat dan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan, sila layari laman web FAMA di www.fama.gov.my
RANTAI memberi tumpuan kepada beberapa isu utama:
| Isu | Kesan | Peranan RANTAI |
|---|---|---|
Lebihan bekalan | Produk sukar dijual | Padanan bekalan dan intervensi |
Kekurangan bekalan | Pasaran tidak cukup produk | Pemetaan permintaan dan bekalan |
Kos logistik tinggi | Margin peserta terjejas | Pengurusan logistik bersepadu |
Produk kurang bersedia | Sukar masuk pasarn | Latihan, pensijilan dan lepas tuai |
Akses pasaran terhad | Petani bergantung kepada saluran lama | Rakan pemasar dan promosi |
Kumpulan sasar RANTAI merangkumi:
• Petani dan pengeluar agromakanan.
• Usahawan FAMA.
• Pembekal dan pengumpul hasil pertanian.
• Rakan pemasar, pasar raya, peruncit dan pemborong.
• Pengusaha produk segar, separa proses dan hiliran.
• Pengguna domestik dan antarabangsa.
• Agensi kerajaan dan institusi berkaitan agromakanan.
RANTAI membantu petani mendapatkan saluran pasaran yang lebih luas dan tersusun. Antara manfaat kepada petani ialah:
• Hasil pertanian lebih mudah dipadankan dengan pembeli.
• Sokongan lepas tuai dan penyediaan produk dapat ditingkatkan.
• Peluang memasuki pasaran moden lebih terbuka.
• Risiko hasil tidak terjual dapat dikurangkan.
• Hubungan dengan FAMA dan rakan pemasar diperkukuh.
RANTAI memberi peluang kepada usahawan FAMA untuk meningkatkan akses pasaran, memperkukuh produk dan membina jaringan pemasaran yang lebih strategik. Manfaat utama termasuk:
• Peluang jualan melalui rakan pemasar.
• Sokongan promosi dan aktivasi pasaran.
• Bimbingan dari aspek pembungkusan, pelabelan dan kualiti.
• Ruang menyertai padanan bekalan.
• Potensi menembusi pasar raya, outlet FAMA dan saluran pemasaran baharu.
FAMA berperanan sebagai peneraju dan pemudah cara pemasaran agromakanan. Peranan FAMA merangkumi:
• Menyelaras padanan bekalan dan permintaan.
• Mengenal pasti petani, usahawan dan rakan pemasar.
• Menyokong aktiviti lepas tuai dan penyediaan produk.
• Mengurus intervensi pasaran apabila diperlukan.
• Memudah cara logistik dan pemasaran.
• Menyediakan pelaporan, pemantauan dan komunikasi program.
KPKM berperanan sebagai peneraju dasar, pemantau strategik dan penyelaras hala tuju nasional bagi memastikan RANTAI selari dengan agenda keterjaminan makanan negara. Peranan KPKM termasuk:
• Menetapkan hala tuju dasar.
• Memantau keberhasilan strategik.
• Menyelaras keperluan kementerian dan agensi.
• Memastikan program memberi manfaat kepada rakyat.
• Mengangkat RANTAI sebagai projek berimpak dalam RMK13.
RANTAI berfungsi melalui aliran berikut:
Petani → Lepas Tuai → Penyediaan Produk → Latihan / Pensijilan → Logistik → Padanan Bekalan → Pemasaran → Pengguna
Setiap peringkat disokong oleh FAMA dan rakan strategik bagi memastikan produk tidak hanya dihasilkan, tetapi turut dipasarkan dengan lebih cekap.
RANTAI membantu menangani lebihan bekalan melalui:
• Pemetaan kawasan pengeluaran.
• Pengenalpastian jumlah dan jenis komoditi.
• Padanan dengan rakan pemasar.
• Pengaktifan program intervensi.
• Penyelarasan logistik ke pasaran sasaran.
• Hebahan dan promosi produk kepada pengguna.
Pendekatan ini membolehkan lebihan bekalan diurus secara lebih proaktif dan bukan hanya secara ad hoc.
Sokongan pemasaran boleh merangkumi:
• Trade offer.
• Kos percubaan pasaran.
• Yuran pembukaan akaun.
• Listing fee.
• In-store promotion.
• Hebahan media sosial.
• Aktivasi jualan.
• Promosi produk tempatan.
• Padanan bersama pasar raya dan rakan pemasar.
• Kerjasama dengan provider e-dagang.
Sokongan ini bertujuan membantu produk tempatan memasuki saluran pasaran yang lebih kompetitif.
Sokongan logistik merangkumi penyelarasan pergerakan produk daripada kawasan pengeluaran ke pusat pengumpulan, outlet FAMA, pasar raya, rakan pemasar atau lokasi pengguna sasaran. Bentuk sokongan termasuk:
• Sewa atau perkhidmatan logistik.
• Konsolidasi produk.
• Penyelarasan laluan penghantaran.
• Pengurusan penghantaran berjadual.
• Kerjasama dengan rakan logistik.
Latihan dan pensijilan membantu peserta memenuhi keperluan pasaran moden. Fokus latihan boleh meliputi:
• Pengendalian lepas tuai.
• Pembungkusan dan pelabelan.
• Kawalan kualiti.
• Keperluan pensijilan.
• Asas pemasaran.
• Rundingan dengan pembeli.
• Literasi digital dan promosi produk.
Komponen ini penting supaya produk peserta lebih diyakini oleh pembeli dan pengguna.
Produk yang sesuai menyertai RANTAI termasuk produk agromakanan tempatan yang mempunyai potensi pasaran, bekalan yang boleh disusun dan kesediaan untuk ditambah baik dari aspek kualiti, pembungkusan atau pemasaran. Kategori produk boleh merangkumi:
• Buah-buahan.
• Sayur-sayuran.
• Produk segar.
• Produk separa proses.
• Produk hiliran agromakanan.
• Produk MyGAP / organik / mesra alam.
• Produk pertanian berimpak tinggi.
• Produk dalam skop Akta FAMA.
Kejayaan RANTAI boleh diukur melalui indikator output, outcome dan impak.
| Kategori | Contoh Ukuran |
| Output | Bilangan peserta, produk, latihan dan rakan pemasar |
| Outcome | Nilai jualan, padanan bekalan, akses pasaran dan pengurangan lambakan |
| Impak | Pengukuhan rantaian bekalan, peningkatan keyakinan pengguna dan manfaat kepada rakyat |
Pelaporan berkala perlu disediakan bagi memastikan pencapaian program dapat dipantau oleh FAMA dan KPKM.
Mesej utama RANTAI kepada rakyat ialah:
Kerajaan melalui KPKM dan FAMA sedang memperkukuh rantaian agromakanan negara supaya hasil petani dapat sampai ke pasaran dan pengguna dengan lebih cekap, tersusun dan memberi manfaat kepada semua.
RANTAI ialah projek yang dekat dengan rakyat kerana ia menyentuh perkara asas dalam kehidupan harian, iaitu bekalan makanan, produk tempatan, petani, usahawan dan pasaran.
- Resume lengkap gambar
- Surat permohonan rasmi dari IPT
- Surat setuju tidak menuntut elaun
- Transkrip / Senarai subjek
- Borang jawapan rasmi dari IPT
Permohonan tersebut boleh dihantar secara email ke : bahagianpmi@fama.gov.my
Atau
Permohonan dihantar secara pos atau walk in ke alamat berikut :-
Unit Latihan Industri Bahagian Pembangunan Modal Insan FAMA Lot 26- 33, Jalan 2/6, Bangunan SAP Dataran Templer, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.
PERMOHONAN DI NEGERI
Sila hubungi Pegawai Latihan Industri di Pejabat FAMA Negeri seluruh Malaysia.
TEMPOH MASA PERMOHONAN
Permohonan perlu dibuatselewat- lewatnya sebulan sebelum tarikh latihan.
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
- En. Affandi bin Sufian
No tel : 03-6126 4073 - Pn. Nor Azrin binti Samsuddin No tel : 03-6126 4080
- En. Amir Muzaffar bin Za’aba No tel : 03-6126 4067
- Program peningkatan kualiti keluaran pertanian melalui Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan.
- Memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum ia dipasarkan (di dalam negeri, dieksport atau diimport).
- Peraturan 3P ini diterima pakai di peringkat global, penekanan kepada fair trade.
- Sayur-sayuran
- Buah-buahan
- Bunga-bungaan
- Kekacang
- Kelapa
- Bijiran
- Tebu
- FAMA Feedback System
- Laman web : www.fama.gov.my
- No tel : 03-6126 2020
Ketua Pengarah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunana FAMA Point, Lot 17304
Jalan Persiaran Satu, Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Import: Melaksanakan aktiviti mengimport hasil pertanian segar seperti kobis dan kelapa.
Original Equipment Manufacturer (OEM): Kilang Kopi FAMA Banting memberi peluang untuk perkhidmatan OEM kepada syarikat yang berminat.
Menjalankan urusniaga pasar borong dan membekalkan buah-buah tempatan terutamanya buah Rockmelon kepada pemborong dan peruncit.
Original Equipment Manufacturer (OEM): Kilang Kopi FAMA Banting memberi peluang untuk perkhidmatan OEM kepada syarikat yang berminat.
Peruncitan: Rangkaian outlet runcit yang berperanan untuk memasarkan produk Industri Asas Tani dan produk keluaran jenama AgroMas sendiri. Berikut adalah rangkaian outlet Agrobazaar di bawah seliaan FAMACORP:
- Agrobazaar Perlis (Taman Sena Indah)
- Agrobazaar R&R Ayer Keroh
- Agrobazaar R&R Arah Selatan & Utara
- Agrobazaar Ulu Bernam
- Agrobazaar Chendering
- Agrobazaar Sendayan
- Agrobazaar FAMA Point
- Pasar Tani Kekal (PTK) (Klik di sini untuk senarai Pasar Tani Kekal yang beroperasi semasa PKP 3.0 Total Lockdown)
Waktu Operasi Pasar tani kekal dan Agrobazaar : 6 pagi hingga 4 petang. - Pasar Tani (Tidak beroperasi semasa PKP 3.0 Total Lockdown)
- Pusat Operasi (Klik di sini untuk senarai Pusat Operasi yang beroperasi semasa PKP 3.0 Total Lockdown)
Waktu Operasi PKP3.0 : 7 pagi hingga 12 tengahari. - Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR)
- Agrobazaar Rakyat (ABR)
- Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
- Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
- My Farm Outlet (MFO)
- MFO Chendering, Kuala Terengganu
- MFO Putrajaya
Waktu Operasi PKP3.0 : 6 pagi hingga 4 petang - Medan Niaga Satok, Sarawak
- Sila hubungi Bahagian Pembangunan Istitusi Pemasaran FAMA Ibu Pejabat di talian 03-61262020 (ext:4078,4093,4090,4092,4070,4091) atau di FAMA Negeri yang berdekatan.
- Kirim pesanan di laman facebook rasmi kami: https://www.facebook.com/BahagianPIP