PENYEDIAAN LUANG / AKSES PASARAN

PENGENALAN
Penyediaan luang/akses pasaran dilaksanakan melalui aktiviti promosi dan karnival IAT bagi membantu usahawan dalam meluaskan pasaran, jaringan hubungan, meningkatkan jualan produk di samping meningkatkan pendapatan usahawan IKS.

OBJEKTIF

  • Sebagai satu saluran untuk pengguna mendapatkan produk IKS dengan harga berpatutan.
  • Membantu usahawan memasarkan serta mengetengahkan produk   keluaran di pasaran tempatan.
  • Meningkatkan pendapatan usahawan IKS.

FAEDAH YANG DITERIMA

  • Usahawan dapat memasarkan produk keluaran di pasaran yang lebih luas.
  • Usahawan dapat mempromosikan produk di samping meningkatkan jualan produk keluaran mereka.
TAHAP NILAI JUALAN TAHUNAN (RM) BENTUK BANTUAN
1

≤ 50,000

  1. Khidmat Nasihat
  2. Jualan promosi di Pasat Tani
  3. Karnival Jualan
  4. Rakan Agrobazaar K-Shoppe
2

> 50,000 - ≤ 100,000

3

> 100,000 - ≤ 300,000

4

> 300,000 - ≤ 5,000,000

  1. Khidmat Nasihat
  2. Karnival Jualan
  3. Rakan Agrobazaar K-Shoppe
  4. Pemadanan perniagaan bersama Pasaraya
  5. Pasaran Eksport
  6. Pameran Perdagangan Antarabangsa
5

> 5,000,000 - ≤ 15,000,000

6

> 15,000,000 - ≤ 50,000,000

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 

  • Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA dan mendaftarkan perniagaan dengan pihak SSM.
  • Semua usahawan industri asas tani adalah layak untuk memohon. Keutamaan akan diberikan kepada usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi tetapi masih mencari luang / akses pasaran yang bersesuaian.
  • Produk yang dikeluarkan mestilah HALAL.
  • Produk perlulah mempunyai pembungkusan dan pelabelan yang mematuhi keperluan pelabelan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

CARA PERMOHONAN
Pemohon boleh mengisi borang Perkhidmatan IAT yang diperolehi daripada Bahagian Pemasaran Industri Makanan (Pemasaran IAT) Ibu Pejabat atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.

Muat turun borang permohonan disini.