Gambar

Rabu | 11.00 pagi | Puspro Merbau Kudong | Pusat pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran (PUSPRO) asalnya adalah Kompleks Pengumpulan Ladang (KPL) bertujuan untuk memenuhi keperluan JAKIM dan KKM ke arah persijilan Halal dan Mesti, pengembangan jaringan perniagaan dan meningkatkan jenama produk dan meluaskan pasaran baru ke Borneo dan luar negara.
Lawatan pemantauan dihadiri oleh YB Zulkifli bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Pertanian, Industri Pengeluaran Makanan dan Keselamatan Rantaian Makanan, serta Cik Mariza binti Abd Majid, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera ICU JPM dan En Mohd Azraie bin Ramli, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang.