Gambar

5 Oktober 2021 | PROGRAM HARI SUKAN NEGARA | Pelaksanaan HSN Peringkat FAMA 2021 telah diadakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat negeri bagi menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan budaya warga FAMA selaras dengan tema sambutan ulang tahun FAMA yang ke 56 tahun iaitu Keseimbangan Pencapaian Menyeluruh.
Program ini juga platform terbaik untuk memupuk dan menyemarakkan lagi semangat perpaduan dikalangan warga FAMA. 
Acara sambutan dimulakan dengan senamrobik perdana di perkarangan parkir tingkat 1 Bangunan FAMA Point dengan penyertaan daripada pengurusan tertinggi yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA bersama warga FAMA dan diteruskan dengan pertandingan congkak. 
Acara memotong pulut kuning merupakan simbolik pelancaran program ini.