Gambar

30 Oktober 2021 l sabtu l Cyberjaya | Program Selangor Agro Market @ Taman Tasik Cyberjaya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ir. Izham Bin Hashim, EXCO Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor.
Pelbagai jualan yang terdapat disini antaranya sayur-sayuran segar, buah-buahan, anak pokok & baja, produk Industri Asas Tani serta makanan. Pembukaan kali ke dua hari ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar Cyberjaya. Turut hadir ke program ini YBhg. Dato' Haji Abd. Hamid Bin Hussain, Yang Di Pertua Majlis Pebandaran Sepang serta YBrs. Puan Aiada Binti Abdul Rashid, Pengarah FAMA Negeri Selangor.