Gambar

3 November 2021 (Rabu) | 11.30 Pagi | FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA, Selayang - Virtual MAFI Masak Challenge (MMC) adalah program anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui agensi pelaksananya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Ini adalah selaras dengan lima teras dasar yang telah digariskan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang menekankan pembangunan bakat yang memenuhi permintaan industri di mana menerusi program seperti ini ramai belia yang berpotensi dapat menginovasi dan menceburi sektor pertanian.
Pertandingan MMC Musim ke-2 ini telah mendapat sebanyak 85 penyertaan di mana 47 bagi kategori pelajar IPTA/ IPTS dan 38 lagi adalah bagi kategori berpasangan iaitu seorang kanak-kanak dan seorang dewasa. Peserta dikehendaki membuat video masakan yang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman serta produk-produk IKS usahawan FAMA. Semua video yang diterima telah dijurikan oleh juri professional yang dilantik iaitu Chef Jo dan juga Chef Zam Akmal.oleh juri profesional yang telah dilantik iaitu Chef Jo dan Chef Zam Akmal. 
Hadiah disampaikan oleh YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II. Turut hadir YB Dato’ Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA dan YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA.