Gambar

26 Januari 2024 - Lawatan kerja rasmi ke Hab Pengedaran FAMA Daerah Alor Gajah
FAMA Negeri Melaka berbesar hati menerima kedatangan YBrs Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA untuk lawatan kerja rasmi ke Hab Pengedaran, Pejabat FAMA Daerah Alor Gajah.

Kehadiran beliau disambut oleh YBrs Encik Hairudin bin Yunos, Pengarah FAMA Negeri Melaka dan YBrs Encik Nor Azhar bin Abdul Hamid. Pada lawatan ini, YBrs Encik Abdul Rashid bin Bahri telah merasmikan Hab Pengedaran FAMA Daerah Alor Gajah. Hab Pengedaran ini ditubuhkan untuk aktiviti pengedaran hasil pertanian dan agromakanan secara borong serta runcit.

Beliau turut meluangkan masa menyantuni usahawan dan pengunjung Jualan Agro Madani yang diadakan di Hab Pengedaran FAMA Daerah Alor Gajah.