Gambar

18 Oktober 2022 | Selasa | 9.00 Pagi - 5.00 Petang | Dewan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin | Kursus Pemerkasaan Usahawan Ke Arah Digitalisasi
Unit Pemasaran Digital FAMA Negeri Sembilan dengan kerjasama Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PAYNET) pada hari ini telah mengadakan Kursus Pemerkasaan Usahawan Ke Arah Digitalisasi kepada 50 orang usahawan FAMA dari Daerah Tampin.
Kursus ini dilaksanakan bertujuan mentransformasikan semua peniaga FAMA ke arah penggunaan e-pembayaran disamping meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan e-pembayaran dalam ekosistem FAMA di Negeri Sembilan
Antara pengisian kursus yang diadakan pada hari ini :
  • Debit & Duitnow QR Code - Bank Islam
  • Pendaftaran Usahawan AgroBazaar Online (ABO)
Dengan perlaksanaan kursus ini, secara tidak langsung dapat memperkasakan pemasaran ekonomi digital di samping membantu lebih ramai usahawan dalam meningkatkan hasil jualan mereka melalui kaedah pembayaran secara online, yang menjadi pilihan dan keutamaan para pengguna pada masa kini.
Untuk mendapatkan produk Industri Makanan Usahawan Negeri Sembilan, boleh melayari portal AgroBazaar Online.