Gambar

16 Januari 2024 - Majlis Amanat Tahun Baharu 2024
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu hadir dan merasmikan majlis dengan tema "Inovasi Nasional: Keterjaminan Agromakanan Rakyat". 

Beliau telah menyampaikan amanat beliau dengan membawa Hala Tuju: Pelaksanaan Dan Pembudayaan Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR). Melalui konsep PINTAR, pelaksanaan dan pembudayaan inovasi dan re-engineering dalam semua aspek rantaian nilai sektor agromakanan akan diberikan penekanan yang komprehensif. 

PINTAR bukanlah satu konsep yang baharu tetapi ia amat kritikal untuk dilaksanakan bagi memastikan peningkatan produktiviti dan kelestarian sektor agromakanan negara bergerak seiring dengan keperluan semasa khasnya dalam menghadapi situasi geopolitik dan ekonomi dunia serta cabaran perubahan iklim yang kian membelenggu.

Turut hadir di majlis ini Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Datuk Lokman Hakim Bin Ali, Pengerusi FAMA, YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli,  Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Puan Rosilawati Bin Abu Hassan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.