Gambar

14 Disember 2022 (Rabu) | 12.30 Tengahari | Pejabat FAMA Negeri Kedah
Program Ziarah Kasih dan Serahan Kit Makanan, Alumni FAMA 2022 
Program serahan telah disempurnakan oleh Mantan Ketua Pengarah FAMA Malaysia, YBhg Dato' Ahmad bin Ishak. 
Hadir sama mengimarahkan program adalah ahli-ahli Alumni FAMA iaitu mantan Timbalan Ketua Pengarah FAMA En Basri Jasmo, mantan Pengarah FAMA Negeri Kedah, En Anuar Mohamed, YBrs Tuan Haji Isa Bin Haji Hamzah Pengarah FAMA Negeri Kedah dan pesara-pesara FAMA yang diraikan. 
Bersempena program tersebut, seramai 5 orang pesara FAMA telah menerima kit makanan sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di FAMA. 
Silaturahim dan persahabatan yang terjalin sepanjang tempoh berkhidmat di FAMA, tetap diteruskan walaupun melalui fasa pasca perkhidmatan berikutan FAMA adalah agensi yang menekankan aspek keseimbangan luar dan dalam serta penerapan nilai kekeluargaan diantara kakitangan.