Gambar

13 Oktober 2022 | 8.30 pagi | Khamis | Sekolah Kebangsaan Convent | Kempen Makan Sayur-sayuran Dan Minum Air Kosong
Telah berlangsung pagi ini kempen makan sayur di 100 buah sekolah terpilih di 12 daerah seluruh Negeri Perak. 
Tn. Hj. Noorsham Ramly (Pengarah FAMA Negeri Perak) turut bersama-sama En.Zulkifli bin Mohd Mokhtar (Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPN) , En.Roslan bin Yahya (PPD HEM), Pn. Aslinda Binti Saari (Guru Besar SK Convent Ipoh) ,  Pn. Rossa Erainie Baldura binti Baharudin (Pegawai Sains Pemakanan Daerah Kinta) & En.Hanil Fairuz b.Mohd Hanif (YDP PIBG) melancarkan kempen makan sayur-sayuran & minum air kosong pagi ini. 
Anak-anak cukup gembira dengan kehadiran Pengarah FAMA Negeri Perak serta tetamu lain. Tidak kekok bersembang dan menunjukkan minat mengamalkan makanan sihat yang diberikan pada pagi ini. 
Semoga laluan anak-anak Malaysia ini dimudahkan dan meneruskan agenda negara dengan lebih baik.