Gambar

09 November 2021 | Majlis Penutup Bengkel Usahasama FAMA-PLUS | RTC Perak - Pertemuan dua tokoh pada hari ini antara Dato' Zainal Abidin Bin Yang Razalli (Ketua Pengarah FAMA) dan Dato' Azman Ismail (Managing Director PLUS) semasa sesi penutup bengkel usahasama ini telah meningkatkan dinamika perhubungan antara dua organisasi.
Pelbagai jalinan polisi dan usahasama strategik juga telah di terjemahkan dalam ruangan sudut pemikiran yang membina dan saling bergandingan demi kepentingan umum sepanjang bengkel ini berlangsung.
Sesi libat urus pengurusan kanan tertinggi bagi kedua-dua organisasi yang dilihat amat berdedikasi ini juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
Semoga usahasama ini mendapat keberkatan dan membawa perubahan yang baik kepada rakyat.
- FAMA Negeri PERAK