Gambar

08 Oktober 2022 | Jempol, Negeri Sembilan | Perasmian Pasar Tani Keluarga Malaysia, Palong, Negeri Sembilan Oleh Yab Perdana Menteri
MAFI melalui FAMA akan terus proaktif dalam memperkasakan rantaian bekalan seperti mewujudkan pusat pembelian padi, pusat pengumpulan buah-buahan, penambahan pasar tani serta pasar nelayan seperti yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri semasa ucapannya sempena perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan (MAHA 2022) pada Ogos lalu.
Hal ini bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia di mana elemen menstruktur semula ekonomi itu memerlukan kerjasama dari semua kementerian.
Sehubungan itu, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri mengumumkan pertukaran nama asal PTK kepada Pasar Tani Keluarga Malaysia (PTKM) dan seterusnya merasmikan Pasar Tani Keluarga Malaysia Palong, Negeri Sembilan semasa ucapannya pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat Negeri Sembilan.
Turut hadir, YB Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar, Menteri Kesihatan Merangkap Menteri Peneraju Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan, YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), YB Datuk Seri Haji Mohd Salim Bin Sharif, Ahli Parlimen Jempol & YBhg. Datuk Wira Haji Ghazale Bin Muhamad, Ahli Lembaga Pengarah FAMA.
YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA turut menyampaikan taklimat kepada para tetamu mengenai pengoperasian PTKM.