Gambar

04 Januari 2024 - Lawatan Kerja YB Datuk Arthur Joseph Kurup ke FAMA

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat FAMA.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.

YB Datuk Arthur Joseph Kurup diberi taklimat berkenaan peranan dan hala tuju FAMA dalam sistem pemasaran agromakanan Negara; digitalisasi perkhidmatan pemasaran; pengawasan dan intervensi bekalan serta permintaan.

Turut hadir YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), YBrs. Encik Abdul Rahman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.