Gambar

02 Januari 2024 - Lawatan KSU KPKM ke tapak MAHA 2024

YBhg. Datuk Lokman Hakim, Ketua Setiausaha KPKM telah mengadakan lawatan tapak ke MAEPS, Serdang bagi meninjau tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang akan diadakan pada tahun ini. Tinjauan awal ini diadakan sebagai persediaan KPKM menganjurkan MAHA 2024 iaitu acara pameran pertanian dwi-tahunan terbesar di rantau ASEAN. 

Kali terakhir MAHA diadakan adalah pada 4 hingga 14 Ogos 2022 yang merekodkan kehadiran 1.4 juta orang pengunjung.

Turut serta dalam lawatan ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI dan Sekretariat MAHA 2024.