Gambar

01 Feb 2024 - Jualan Agro Madani di FAMA Negeri Melaka

1 Februari 2024 | Khamis | Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Melaka

Sekitar lawatan YBrs Encik Abd Rahman bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA ke Jualan Agro Madani @ FAMA Negeri Melaka. Turut mengiringi beliau adalah YBrs Encik Azhar bin Jamaludin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kontrak Pemasaran dan YBrs Encik Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka.
YBrs Encik Abd Rahman bin Mahmood turut menyantuni para pengunjung yang hadir berbelanja bagi mendapatkan barangan keperluan harian. Antara komoditi yang dijual pada hari ini adalah ayam, daging, ikan, barang-barang runcit, produk Agromas dan lain-lain lagi. 
FAMA Negeri Melaka menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengunjung yang setia dan terus memberikan sokongan kepada kami.