Visi, Misi dan Objektif
Visi
Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian.
Misi
Membangunkan rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.
Objektif
- Merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan produk pertanian dan makanan;
- Pembangunan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan;
- Pembangunan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam dan luar negara; dan
- Pemacuan keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian berasaskan pengetahuan dan teknologi terkini.
Fungsi-fungsi Utama
- Menyelaras aktiviti–aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan;
- Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil–hasil pertanian Malaysia;
- Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan;
- Membangun dan memajukan pengurusan yang cekap dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil–hasil pertanian; dan
- Melibatkan secara langsung dalam industri pertanian terutama aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil–hasil pertanian.