Soalan Lazim

LADANG KONTRAK
▾ Soalan: Bagaimana Projek Ladang Kontrak boleh membantu para petani?

Jawapan:

Program Ladang Kontrak adalah salah satu mekanisme untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal.

Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM Sabah) dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak (KPP Sarawak) sebagai pengeluar dan FAMA/LPNM sebagai pembeli dan juga sebagai pemudahcara. Pembeli lain dalam program ini adalah pihak swasta yang terdiri dikalangan pengeksport, pasaraya, pemproses, pemborong dan sebagainya. Dalam program ini petani bersetuju mengeluarkan hasil tanaman pada kuantiti, kualiti dan jadual hantaran yang ditetapkan dan pembeli-pembeli bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman pada harga yang dipersetujui bersama.

Bagi pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran, Program Ladang Kontrak memberi tumpuan kepada ladang kelompok di samping usahawan dan pengeluar individu di bawah Jabatan/Agensi dan pengeluar individu swasta. Bagi komoditi nanas pula, pelaksanaannya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM).

▾ Soalan: Apakah faedah menyertai Projek Ladang Kontrak?

Jawapan:

Antara faedah yang dinikmati oleh peserta Projek Ladang Kontrak adalah:
  • Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan
  • Menjana dan menambah pendapatan
  • Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih baik sistematik daripada agensi dan jabatan
  • Jaminan khidmat nasihat kemudahan kredit modal melaksanakan projek
  • Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.

▾ Soalan: Bagaimanakah cara permohonan untuk menyertai projek Ladang Kontrak?

Jawapan:
Pemohon boleh mendaftar dengan mengisi borang permohonan Ladang Kontrak yang boleh didapati di mana-mana agensi/jabatan yang terlibat dengan Ladang Kontrak. Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar mengikut projek:
 
Projek Kelompok Jabatan Pertanian
LPP/PPK Projek LPP/PPK
Projek Nanas LPNM
Projek Swasta/Individu FAMA


Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja oleh Jawatankuasa Ladang Kontrak. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pengesahan menyertai Program Ladang Kontrak oleh FAMA beserta dengan dokumen ikatan kontrak. Bagi mengetahui syarat-syarat dan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan, sila layari laman web FAMA di www.fama.gov.my

PASAR TANI
▾ Soalan: Apakah prosedur/syarat-syarat untuk menyertai pasar tani?

Jawapan:
Syarat-syarat bagi menyertai Pasar Tani adalah seperti berikut:
A. Syarat Asas
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 - 60 tahun

B. Keutamaan Peserta Pasar Tani
  • Keutamaan petani, penternak, pengusaha produk IKS dan pengusaha projek pertanian
  • Rakyat miskin / golongan berpendapatan rendah / OKU
  • Peserta dibawah bimbingan projek Jabatan
  • Siswazah menganggur
  • Berkeupayaan mengendalikan urusniaga
  • Sanggup menerima teguran atau cadangan dari FAMA
  • Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Pasar Tani yang ditawarkan

C. Peserta Pasarina
  • Menjual barangan bukan pertanian seperti baju, kain, barangan plastik dan sebagainya

D. Cara Memohon
  • Borang boleh diperolehi di laman web FAMA secara percuma
  • Borang juga boleh didapati melalui pejabat - pejabat FAMA yang berhampiran.
  • Permit akan dikeluarkan bagi pemohon yang berjaya.

E. Lokasi Pasar Tani
Pemohon akan ditawarkan tapak – tapak Pasar Tani yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka sekiranya terdapat kekosongan atau Pasar Tani baru yang akan diwujudkan.

F. Jenis Barangan Yang Boleh Dipasarkan
  • Barangan Segar - Sayur, Buah, Ikan, Daging Segar dan Ayam
  • Barangan Proses - Produk IKS
  • Makanan dan minuman berasaskan asas tani

G. Kursus dan Latihan
  • Semua peserta baru Pasar Tani akan diberikan kursus seperti Kursus Kejurujualan, Kursus Asas Kewangan dan Kursus Peraturan. Pasar Tani dari masa ke semasa bagi meningkatkan tahap keusahawanan.

H. Lot Promosi di Pasar Tani
  • Permohonan boleh dikemukakan ke pejabat FAMA yang berhampiran bagi tujuan tersebut. Tawaran tempat akan diberikan sekiranya terdapat kekosongan kerana lot promosi yang terhad.

Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan hantarkan ke pejabat FAMA berhampiran dengan tuan/puan. Peserta yang terpilih akan dimaklumkan oleh pegawai FAMA. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cawangan Pembangunan & Perancangan Pasar Tani di talian 03-6126 2020.

MYAGROSIS
▾ Soalan: Apakah Program MYAGROSIS?

Jawapan:

Tujuan penubuhan Kelab MYAGROSIS adalah untuk melahirkan sekelompok usahawan tani yang berdaya saing & berkaliber dikalangan siswazah dalam bidang pengeluaran serta pemasaran produk berasaskan pertanian terutama agromakanan.

▾ Soalan: Tujuan Program MYAGROSIS?

Jawapan:
  • memupuk minat kepada pertanian dikalangan siswazah IPTA
  • memberi pendedahan kepada siswazah tentang pertanian sebagai kerjaya pilihan utama
  • memberi pendedahan kepada siswazah untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian sejajar dengan slogan "Pertanian Adalah Perniagaan".
  • membantu meningkatkan keusahawanan pertanian kepada siswazah IPTA
  • Untuk membentuk komuniti usahawan siswazah komersial yang lebih dinamik.

▾ Soalan: Projek dalam MYAGROSIS

Jawapan:
  • Agro Ladang - Projek Tanaman Fertigasi Dan Terbuka
  • Agro Niaga - K-Shoppe
  • Agro Inovasi – Kreatif Tani
  • Agro Akuakultur - Projek Ternakan Ikan Dalam Polytank

▾ Soalan: Bagaimana menyertai Program MYAGROSIS?

Jawapan:

Keahlian kelab terbuka kepada semua mahasiswa/ mahasiswi yang masih menuntut dalam pelbagai jurusan pengajian.Walau bagaimanapun, mahasiswa/mahasiswi yang ingin mendaftar dikehendaki mengisi borang soalselidik bagi mengenalpasti tahap kompetensi dan kecenderungan mereka dalam bidang usahawan tani.

Bagi mengetahui syarat-syarat dan maklumat lanjut mengenai setiap projek, sila layari laman web FAMA di www.fama.gov.my. Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Urusetia MYAGROSIS
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunan FAMA Point, Lot 17304, Jalan Persiaran Satu
Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
(U/P: Puan Norsadariah binti Mohd Shapiai)
No. Tel: 03-6126 2020
No. Fax: 03-6138 3650
Email: norsadariah@fama.gov.my

LATIHAN INDUSTRI
▾ Soalan: Bagaimanakah caranya untuk mohon latihan industri di FAMA?

Jawapan:

Pelajar yang berminat untuk menjalankan latihan industri di FAMA perlu membuat permohonan rasmi bertulis ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui Cawangan Latihan. Turut disertakan resume pelajar, sijil yang telah disahkan dan surat pengesahan fakulti berkenaan.

REGULATORI
▾ Soalan: Apakah GPL?

Jawapan:

Definisi 3P adalah Peraturan FAMA berkaitan dengan Pembungkusan, Penggredan dan Pelebelan hasil pertanian. Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang terlibat perlu mengikut peraturan ini sebelum dipasarkan.

▾ Soalan: Apakah peraturan GPL?

Jawapan:
  • Program peningkatan kualiti keluaran pertanian melalui Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan.
  • Memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum ia dipasarkan (di dalam negeri, dieksport atau diimport).
  • Peraturan 3P ini diterima pakai di peringkat global, penekanan kepada fair trade.

▾ Soalan: Siapakah kumpulan sasar dan komoditi yang terlibat dalam Peraturan GPL ini?

Jawapan:

Kumpulan sasar yang diwajibkan mematuhi peraturan ini adalah Pengeksport, Pengimport, Pemborong dan Peruncit. 7 komoditi yang terlibat:
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Bunga-bungaan
  • Kekacang
  • Kelapa
  • Bijiran
  • Tebu
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi FAMA di www.fama.gov.my atau hubungi Bahagian Regulatori di talian 03-6126 2020.

BAHAGIAN TERNAKAN AKUAKULTUR
▾ Soalan: Apakah jenis ternakan/akuakultur yang bernaung dibawah konsep pemasaran FAMA?

Jawapan:
  • ikan keli
  • ikan talipia
  • ikan air tawar patin
  • kambing
  • puyuh
  • ayam
  • lembu

▾ Soalan: Apakah jenis bantuan yang FAMA berikan untuk membantu para penternak dalam usaha memasarkan hasil ternakan mereka?

Jawapan:

FAMA berperanan membantu penternak dengan menyediakan tempat jualan di pasar-pasar tani FAMA. Selain itu, FAMA juga membeli hasil keluaran berdasarkan harga pasaran di peringkat ladang. Pusat Operasi FAMA bersedia membeli hasil keluaran ikan keli dengan saiz yang dikehendaki pasaran. Situasi ini memerlukan rundingan lanjut terutama dari segi harga. Sila hubungi Ibu Pejabat FAMA di talian 03-6126 2020.

MAHA
▾ Soalan: Berminat sertai MAHA dan bilakah MAHA akan diadakan?

Jawapan:

Pameran MALAYSIAN AGRICULTURE HORTICULTURE AND AGROTOURISM (MAHA) diadakan setahun sekali. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohammad Zubir bin Abdul Razak, Pengarah Cawangan Pentadbiran & Hartanah di talian 03-6126 2020 atau layari laman web www.fama.gov.my atau laman web MoA di www.moa.gov.my

KOMUNIKASI KORPORAT
▾ Soalan: Bagaimanakah cara untuk menyalurkan sebarang pertanyaan kepada pihak FAMA?

Jawapan:

Pelanggan boleh menyalurkan sebarang pertanyaan / aduan melalui:
 
1. Emel : fama@fama.gov.my
2. Laman Web : www.fama.gov.my
3. Telefon : 03-6126 2020
Samb 2223 Encik Mohd Anzara bin Azizan
Samb 2193 Puan Norashikin binti Mohd Fadil
4. Faks 03-61383650
03-61385200
5. Facebook https://www.facebook.com/pages/Laman-Sosial-Rasmi-Lembaga-Pemasaran-Pertanian-Persekutuan/101202526629576
6. Twitter https://twitter.com/fama_moa

▾ Soalan: Berminat untuk membuat kunjungan hormat ke FAMA?

Jawapan:

Bagi yang berminat untuk membuat lawatan / kunjungan hormat / rombongan berinformasi ke FAMA, sila buat permohonan rasmi secara bertulis kepada Ketua Pengarah FAMA di alamat berikut:-

Ketua Pengarah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunana FAMA Point, Lot 17304
Jalan Persiaran Satu, Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

▾ Soalan: Bagaimanakah cara untuk mendapat tajaan dari FAMA bagi program kebajikan?

Jawapan:

Permohonan bagi tajaan boleh dibuat melalui permohonan bertulis kepada Ketua Pengarah FAMA. Memandangkan FAMA merupakan sebuah Agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, maka sumbangan / tajaan dalam bentuk tunai adalah tidak dibenarkan. Tajaan akan dibuat dalam bentuk sumbangan produk keluaran FAMA atau tajaan ruangan iklan yang bertujuan untuk meningkatkan imej FAMA dan mempromosikan produk FAMA kepada kumpulan sasar.

FAMACORP SDN. BHD.
▾ Soalan: Apa itu FAMACorp Sdn. Bhd?

Jawapan:

Merupakan anak syarikat FAMA

▾ Soalan: Apakah fungsi FAMACorp Sdn. Bhd.?

Jawapan:
  • Pemasaran dan pengedaran eksport produk pertanian segar yang menguntungkan dilaksanakan oleh FAMACorp Sdn. Bhd.
  • Pemasaran dan pengedaran produk Industri Asas Tani yang berdaya saing iaitu produk-produk yang mempunyai margin pemasaran 30- 50% termasuk untuk eksport akan dilaksanakan oleh FAMACorp Sdn. Bhd.

RURAL TRANSFORMATION PROGRAMME (RTC)
▾ Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)?

Jawapan:

RTC merupakan satu pusat yang menjadi nukleas kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program oleh pelbagai Kementerian secara kerjasama bagi tujuan pembangunan penduduk luar Bandar dalam lingkungan 100km dari RTC.

▾ Soalan: Bilakah pelaksanaan RTC ini bermula?

Jawapan:

Program-program transformasi luar Bandar telah bermula pada 31 Mei 2011 dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif berikut:
  • Latihan Kemahiran Kepada Penduduk Luar
  • Penubuhan Kios Informasi 1Malaysia
  • Pertanian Bernilai Tinggi
  • Pemprosesan Produk Agro-Makanan
  • Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Pertanian
  • Kerjasama Universiti
  • Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Farmaseutikal
  • Kemudahan Pembiayaan Kewangan Kepada Penduduk Luar Bandar/li>

▾ Soalan: Kementerian manakah yang terlibat dalam pelaksanaan RTC?

Jawapan:

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) merupakan kementerian utama yang menerajui pelaksanaan program-program di bawah RTC. Memandangkan RTC ini dilaksanakan melalui konsep Blue Ocean Strategy, ia turut melibatkan kerjasama pelbagai kementerian lain, antaranya Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.

Sekiranya anda inginkan pertolongan, ingin memberi aduan, pertanyaan atau cadangan anda boleh menghubungi kami di:
HOTLINE : 1-800-88-7828
EMEL : info@rtc.my