Piagam Pelanggan

Memproses Permohonan e-Permit import yang telah divarifikasikan hanya kepada komoditi biji kopi mentah dan kobis bulat di Sarawak sahaja yang dipertanggungjawabkan kepada FAMA dalam tempoh 1 jam bekerja.

Memproses setiap Permohonan e-Sijil 3P yang telah divarifikasikan melalui Sijil Perakuan Pematuhan Dieksport yang dipertanggungjawabkan kepada FAMA dalam tempoh 1 jam bekerja.

Memberi Khidmat Pemasaran dengan mengaturkan jadual pemasaran hasil-hasil pertanian berkualiti bagi pihak pekebun kecil mengikut harga pasaran dalam tempoh 1 hari bekerja.

Memberi Khidmat Maklumat Pasaran dengan membekalkan maklumat terkini hasil-hasil pertanian terpilih untuk kumpulan sasar membuat keputusan pemasaran tempoh 1 hari bekerja.

Membalas Maklum Balas Pertanyaan Yang Diterima daripada orang awam dalam tempoh 1 hari bekerja dan Menjawab Sepenuhnya Aduan Awam bermula daripada tarikh aduan diterima dalam tempoh 1 minggu bekerja.

Memproses Permohonan Penyertaan Pasar Tani atau pembaharuan permit berniaga Pasar Tani dari tarikh permohonan lengkap diterima dalam tempoh 1 minggu bekerja.

Memproses Permohonan Sebagai Vendor Agromas / Olemas dari tarikh permohonan lengkap diterima dalam tempoh 1 bulan bekerja.