PERATURAN-PRATURAN LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (PENDAFTARAN ORANG-ORANG YANG MELIBATKAN DIRI DALAM PEMPROSESAN ATAU PEMASARAN KELUARAN PERTANIAN) 1989
 

Tujuan
Mendapatkan maklumat mengenai orang-orang yang terlibat dalam pemprosesan atau pemasaran keluaran pertanian.

Tujuan keperluan pendaftaran dibuat melalui peraturan adalah untuk:-

  1. Menyedia perangkaan yang tepat mengenai pengeluaran, pengimportan dan pengeksportan, pemprosesan, pemborongan, pembungkusan, penghantaran dan pengangkutan, penyimpanan dan peruncitan keluaran pertanian;
  2. Membantu penyediaan dan pembangunan standard berkaitan dengan penyimpanan, pengangkutan dan pembungkusan keluaran pertanian; dan
  3. Membantu pemantauan food security untuk rakyat dan kepentingan awam.

Latar Belakang

  1. Memastikan pendaftaran maklumat-maklumat telah dibuat pada tiap-tiap dua (2) bulan calendar sebelum atau pada 15hb bulan berikutnya.
  2. Memeriksa dokumen pendaftaran.
  3. Pendaftaran hanya melibatkan entiti-entiti terlibat dengan aktiviti-aktiviti pemprosesan atau pemasaran keluaran pertanian untuk 132 jenis komoditi sahaja.

[Pemberitahuan P.U.(B) 363/2008 dan diwartakan oleh Kerajaan Malaysia pada 11 Sept 2008]

  • ♦Sayur-sayuran: 66 jenis
  • ♦buah-buahan: 38 jenis
  • ♦pokok bunga dan bunga: 5 jenis 
  • ♦Keluaran Pertanian Yang Diproses: 15 produk dan 
  • ♦Pelbagai: 8 jenis

Kehendak Undang-undang

  1. Maklumat yang perlu di daftar adalah seperti berikut:-
  • ♦Apa-apa aktiviti pemasaran (pelabelan, pengepekan, penggredan, penstoran, pengangkutan dan perkapalan);
  • ♦merangkumi orang perseorangan, syarikat, pertubuhan peladang, koperasi, pemunyaan tunggal atau perkongsian;
  • ♦Penjualan (cara-cara, nilai, saluran keluar dan eksport);
  • ♦Pembelian (cara-cara, kuantiti, nilai, sumber dan import);
  • ♦Pemprosesan (cara-cara, perkakas, kadar, pertukaran, bahan-bahan digunakan dan kualiti keluaran);
  • ♦Kuantiti stok.
  1. Maklumat yang diberikan hendaklah benar.