PENJENAMAAN AGROMAS

PENGENALAN
Projek penjenamaan Agromas merupakan program FAMA dalam membangunkan produk-produk Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) dan usahawan bimbingan FAMA dimana FAMA bertanggungjawab ke atas pembangunan dan pemasaran produk tersebut.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan imej produk dari segi kualiti dan citarasa.
  • Meningkatkan imej produk dari segi rekabentuk pembungkusan, grafik dan pelabelan.
  • Meningkatkan pasaran dan jualan produk.
  • Meningkatkan pendapatan usahawan. 


FAEDAH YANG DITERIMA

  1. Penampilan imej dan konsep yang seragam bagi semua kategori produk dibawah jenama Agromas.
  2. Penambahbaikan kualiti dan rasa produk agar mampu bersaing dalam pasaran.
  3. Bantuan rekabentuk pembungkusan dan cetakan pertama bagi produk dibawah jenama Agromas.


SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

  1. Jangkahayat produk melebihi 1 tahun
  2. Mempunyai Sijil Halal JAKIM 
  3. Mempunyai Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
  4. Mempunyai potensi pasaran dan permintaan
  5. tatus vendor adalah dari kategori PKS 4 – PKS 6
  6. Merupakan pengeluar produk sebenar (bukan OEM)
  7. Berkeupayaan untuk membekalkan produk secara konsisten
  8. Nilai jualan SKU produk yang dipohon mestilah melebihi RM100,000 per SKU setahun untuk produk sedia ada.


CARA PERMOHONAN
Pemohon yang berminat boleh datang ke pejabat FAMA Ibu Pejabat atau pejabat FAMA Negeri yang berhampiran bagi mendapatkan keterangan lanjut berkaitan projek penjenamaan dibawah Jenama Agromas.