PEMBAIKAN IMEJ PEMBUNGKUSAN PRODUK

PENGENALAN
Program ini dilaksanakan untuk memastikan produk usahawan IAT memenuhi keperluan piawaian pembungkusan dan pelabelan bagi membolehkan produk tersebut bersaing di pasaran dan sekaligus membantu meningkatkan jualan serta pendapatan usahawan.

PELAKSANAAN
Pelaksanaan program ini melibatkan tiga (3) aktiviti utama iaitu:-

  1. Analisa nutrisi dan jangka hayat produk
  2. Pelabelan produk yang merangkumi penyediaan rekabentuk, penyediaan acuan (mould) dan pembekalan label
  3. Pembungkusan meliputi penyediaan rekabentuk dan mock-up pembungkusan, pembekalan acuan (mould) dan juga pembekalan pembungkusan.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan imej produk dari segi rekabentuk pembungkusan dan pelabelan mengikut kehendak pasaran.
  • Kepatuhan kepada Akta Makanan dan Peraturan Pelabelan.


FAEDAH YANG DITERIMA

  1. Bantuan rekabentuk pelabelan dan cetakan pertama kepada usahawan tahap PKS 1-3.
  2. Bantuan rekabentuk pembungkusan dan cetakan pertama kepada usahawan tahap PKS 4-6.
  3. Pelabelan dan pembungkusan produk menepati kehendak pasaran serta keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan.
  4. Bantuan khidmat bimbingan kepada usahawan bagi menambahbaik pembungkusan dan pelabelan.

TAHAP

NILAI JUALAN TAHUNAN (RM)

DEFINISI PKS NASIONAL

BENTUK

BANTUAN

1

≤ 50,000

Mikro

Analisa Produk, Rekabentuk Pelabelan & Cetakan pertama

2

> 50,000 - ≤ 100,000

3

> 100,000 - ≤ 300,000

4

> 300,000 - ≤ 5,000,000

Kecil

Rekabentuk Pembungkusan & Cetakan pertama

5

> 5,000,000 - ≤ 15,000,000

6

> 15,000,000 - ≤ 50,000,000

Sederhana


SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

  1. Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA dan mendaftarkan perniagaan dengan pihak SSM.
  2. Semua usahawan industri asas tani adalah layak untuk memohon. Keutamaan akan diberikan kepada usahawan yang mempunyai produk yang berpotensi tetapi belum mampu untuk meyediakan pembungkusan yang bersesuaian bagi memasuki pasaran yang lebih besar.
  3. Setiap usahawan hanya boleh diberikan perkhidmatan bagi satu produk yang dikeluarkan sahaja.


CARA PERMOHONAN
Pemohon boleh mengisi borang Perkhidmatan IAT yang diperolehi daripada Bahagian Pemasaran Industri Asas Tani Ibu Pejabat atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.