Pasar Tani


KUMPULAN SASAR

  1. Petani, peternak, nelayan dan usahawan industri asas tani
  2. Usahawan pemasar
  3. Belia dan siswazah
  4. Golongan berpendapatan rendah (B40)
  5. Ibu tunggal
  6. Pesara dan bekas tentera
  7. Orang Kurang Upaya (OKU)
  8. Penduduk setempat dan kariah masjid

IMPAK PROGRAM

  1. Pertambahan bilangan outlet peruncitan bagi hasil pertanian dan agro makanan
  2. Peningkatan pendapatan usahawan tani
  3. Peningkatan bilangan usahawan peruncitan dan pemborongan
  4. Harga yang kompetitif dan dapat memberi penjimatan kepada pengguna

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang 18 tahun semasa memohon
  • Petani, peternak, nelayan, pengeluar atau usahawan pemasar tani
  • Terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti pertanian atau berasaskan pertanian
  • Berpengalaman atau berupaya mengendalikan perniagaan
  • Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana pasar tani yang ditawarkan
  • Sedia menerima teguran, cadangan dan tindakan dari pihak FAMA
  • Melengkapkan Borang Permohonan Pasar Tani dan mengemukakan ke Pejabat FAMA berdekatan
  • Menandatangani Surat Aku Janji Peserta Pasar Tani apabila permohonan menyertai pasar tani diluluskan

CARA-CARA MEMOHON 
  1. Melengkapkan Borang Permohonan Pasar Tani yang boleh diperolehi secara percuma dari Pejabat FAMA berhampiran atau dimuat turun dari Portal Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) www.fama.gov.my
     
  2. Mengemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan ke Pejabat FAMA yang berdekatan

 

Pages: 1  2  3