Pasar Tani

PENGENALAN

Pasar Tani telah diperkenalkan pada tahun 1985 sebagai sebuah institusi pemasaran bagi tujuan membangunkan saluran pemasaran serta menggalakkan penyertaan usahawan tani memasarkan hasil-hasil pertanian mereka sendiri terus kepada pengguna. Ianya bercirikan mudah alih, bersuasana karnival dengan identiti yang tersendiri dan seragam. Pasar tani sebagai ‘Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna’ berupaya membantu petani menerima harga yang munasabah dan menguntungkan manakala pengguna mendapat bekalan bermutu dengan harga yang berpatutan.

Pada masa ini pasar tani telah berkembang pesat seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara. Ianya kekal relevan sebagai pasar pilihan kepada pengguna dan menjadi oulet pemasaran yang berjaya serta turut menyumbang kepada kemajuan pembangunan ekonomi negara. Penubuhan pasar tani telah melahirkan ramai petani yang bersikap responsif serta mempercepatkan proses pembangunan sosio ekonomi masyarakat tani selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.

Pasar tani pertama telah dibuka di Kompleks Bilik Sejuk FAMA Tampoi, Johor Bahru pada 31 Januari 1985
Di awal penubuhannya pada tahun 1985 pasar tani hanya berjumlah 12 buah melibatkan 317 orang peserta dengan nilai jualan RM 1.4 juta setahun
Sepanjang tempoh tersebut pasar tani telah melalui 4 fasa berikut ;

  • Fasa Pengenalan (1985 – 1994)
  • Fasa Pengukuhan (1995 – 2003)
  • Fasa Pemodenan (2004 – 2010)
  • Fasa Transformasi (2011 – 2020)

 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan luang pasaran hasil pertanian
  • Meningkatkan pendapatan petani dan pengeluar
  • Meningkatkan bilangan usahawan pemasar
  • Menyediakan akses langsung kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan hasil pertanian dan produk asas tani dengan harga berpatutan
  • Mendapatkan bekalan barangan segar

 

KONSEP
Ianya merupakan konsep di mana pengeluar memasarkan hasil keluaran mereka sendiri secara terus kepada pengguna. Pasar Tani ini juga adalah sebagai “Medan Pertemuan Pengeluar-Pengguna