Myfarm Outlet

PENGENALAN
Lanjutan dari pengumuman oleh YAB Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016 di PICC, Putrajaya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diberi tanggunggungjawab untuk menyediakan sebuah premis kekal yang menjadi pusat jualan produk segar pada harga menjimatkan dan beroperasi setiap hari.  Susulan itu, Kementerian menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil initiatif bagi membangunkan `MyFarm Outlet’ untuk memenuhi keperluan pengguna bagi mendapatkan pilihan bekalan hasil pertanian yang berkualiti pada harga yang lebih menjimatkan.

Program ini adalah kesinambungan dari program-program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi agensinya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutan (FAMA) bersama Jabatan dan Agensi yang berkaitan dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

My Farm Outlet pertama telah dibangunkan di Presint 7, Putrajaya sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016 dan dilancar pada bulan Mac 2016 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

OBJEKTIF

  • Sebagai salah satu saluran pasaran pilihan bagi pengguna mendapatkan bekalan keperluan harian dengan harga menjimatkan
  • Menyedia dan menawarkan harga komoditi barangan terpilih pada harga yang berpatutan dengan penjimatan 5 – 20 % daripada harga di pasar awam
  • Untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

KONSEP
MyFarm Outlet akan dibangunkan dengan imej dan rekabentuk yang mesra pengguna dengan kos yang berpatutan menggunakan perdekatan di bawah program NBOS.
Konsep-konsep Asas bagi memulakan operasi MyFarm Outlet adalah seperti berikut:

  1. Saiz Bangunan
    • Kawasan perniagaan bersaiz sekurang-kurangnya 50’ x 100’
       
  2. Agihan Lot
    • Komoditi Ikan Laut / Hasilan Laut / Ikan Air Tawar / Sejuk Beku - 50’ x 15’
    • Komoditi Ayam & Telur - 30’ x 15’
    • Daging Segar & Sejuk Beku - 20’x 15’
    • Sayur-sayuran - di lot tengah
    • Barangan Runcit - di lot tengah
    • Produk IAT - menggunakan gondola / Tele Tent
       
  3. Sistem perparitan yang bersesuaian
    • Penyelenggaraan yang minimum
    • Tempat Letak Kenderaan dan Laluan masuk kenderaan
    • Rumah Sampah
    • Tandas
    • Surau