Karavan Tani

PENGENALAN
Program Karavan Tani diilhamkan oleh YB Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah dipertanggungjawabkan untuk merangka, merancang dan melaksanakan program ini. 
    
Ia adalah lanjutan daripada Program Karavan Tani yang diperkenalkan oleh FAMA bagi membantu peserta Karavan Tani memasarkan hasil pertanian secara bergerak dan telah memulakan operasi pada Disember 2008.

OBJEKTIF

  • Meluaskan pasaran hasil pertanian dan produk makanan secara bergerak.

  • Meningkatkan pendapatan usahawan.

  • Meningkatkan bilangan usahawan peruncitan.
     

MATLAMAT PROJEK

  • Menjadi saluran alternatif bagi menyokong menjayakan matlamat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

  • Konsep baru perkhidmatan pemasaran secara bergerak kepada pengguna dengan produk dijual siap dibungkus, kemas, bersih dan teratur dengan harga yang kompetetif.

  • Meningkatkan kecekapan pemasaran hasil pertanian secara bergerak, bersifat komersial dan lebih sistematik.

  • Membuka luang pasaran yang lebih luas untuk Usahawan Tani memasarkan hasil pertanian dan produk makanan secara terus kepada pengguna dengan produk yang dijamin berkualiti dan selamat untuk dimakan.

  • Meningkatkan tahap keusahawanan petani & Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro agar lebih berdaya maju.

  • Mengintegrasikan program ini dengan kerjasama Jabatan/Agensi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

  • Sebagai model pengurusan penjaja bergerak secara sistematik, bersih dan kemas.