Pengumuman Am

    Sejajar dengan peredaran dunia globalisasi ICT, pihak FAMA telah melaksanakan penggunaan aplikasi atas talian (online) bagi perkhidmatan pembelian terus / e-bidding untuk bekalan dan perkhidmatan. Sehubungan itu, pembekal-pembekal sedia ada (yang telah mendaftar dengan FAMA sebelum ini) atau yang berminat, DIWAJIBKAN mendaftar maklumat syarikat di www.sennego.com bagi tujuan urusan perolehan secara belian terus / e-bidding. Pembekal yang telah mendaftar akan diberikan Nama Pengguna (ID) dan Kata Laluan (Password) bagi membolehkan capaian ke atas sistem e-Perolehan FAMA. 

    Pihak FAMA hanya akan memanggil syarikat / pembekal yang telah mendaftar di www.sennego.com jika ada sebarang permohonan perolehan secara belian terus / e-bidding. Untuk makluman juga, pihak FAMA akan menggunapakai sistem yang sama secara berperingkat bagi perolehan secara sebutharga dan tender bagi bekalan dan perkhidmatan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.