AUDIT DALAM

Cawangan Audit Dalam adalah bertanggungjawab untuk melaporkan hasil pengauditan kepada Ketua Pengarah serta membentangkan Rancangan Tahunan dan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Lembaga.

Audit Dalam bertanggungjawab untuk menjalankan audit prestasi/pengurusan yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan. Manakala audit pengurusan kewangan pula merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan.