Agrobazaar K-Shoppe

PENGENALAN
Agrobazaar K-Shoppe merupakan outlet yang dimiliki oleh usahawan yang dinaiktaraf menjadi outlet dibawah bimbingan FAMA. Agrobazaar K-Shoppe menfokuskan kepada aktviti urusniaga pemborongan atau peruncitan produk barangan proses keluaran industri asas tani.

OBJEKTIF

  • Sebagai satu saluran alternatif untuk pengguna mendapatkan produk IKS.
  • Sebagai satu platform kepada usahawan untuk bersaing di peringkat yang lebih terbuka.
  • Membantu usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka dengan konsep yang lebih teratur dan terurus.
  • Sebagai outlet jualan tetap produk berjenama AgroMas dan lain-lain.


FAEDAH YANG DITERIMA

  1. Penyeragaman imej outlet peruncitan menerusi penyeragaman papan tanda, warna dalaman dan peralatan peragaan di dalam kedai.
  2. Memperoleh pinjaman peralatan pemasaran bagi membantu mempelbagaikan aktiviti pemasaran di outlet.
  3. Bantuan promosi dari masa ke semasa termasuk penyediaan bahan promosi seperti bunting dan flyers.
  4. Khidmat nasihat pemasaran dan pengeluaran.


SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

  1. Usahawan ini mesti berdaftar dengan FAMA, mendaftarkan perniagaan dengan pihak SSM serta mempunyai lesen perniagaan yang terkini daripada pihak PBT.
  2. Lokasi yang dipilih mestilah strategik, menjadi tumpuan orang ramai, mudah untuk keluar masuk bagi pengunjung dan mempunyai kemudahan tempak letak kenderaan.
  3. Ruang perniagaan dijadikan tempat pengumpulan dan pengedaran produk asas tani  sahaja. Usahawan juga diwajibkan untuk menjual produk-produk keluaran FAMA iaitu produk AgroMas.
  4. Usahawan mesti dari kalangan usahawan asas tani di bawah bimbingan jabatan/agensi atau mana-mana pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan.
  5. Warganegara Malaysia dan berumur 20 sehingga 60 tahun sahaja layak untuk memohon.
  6. Pemberian perkhidmatan tertakluk kepada daya maju projek dan usahawan.


CARA PERMOHONAN

  1. Pemohon boleh mengisi borang Permohonan Agrobazaar K-Shoppe yang diperolehi daripada Bahagian Pemasaran Industri Asas Tani Ibu Pejabat atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran.
  2. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui Bahagian Pemasaran Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).