Gambar

23 Nov. 2020 l FAMA Negeri Pahang l 11.00 pagi - Dalam kesibukan membantu dan memastikan saluran bekalan makanan berjalan lancar, apatah lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, ramai yang merasa lega bila melihat bekalan makanan sentiasa cukup. Namun begitu mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana operasi ini berlaku dan siapakah yang melakukannya bak kata pepatah hero yang tidak didendang. Seperti orang lain juga, kakitangan FAMA Negeri Pahang yang terdiri dari pelbagai tingkat perjawatan dan gaji, mereka juga terlibat dengan masalah pendamik Covid 19 sekarang. Namun keutamaan bagi membantu lebih ramai rakyat yang terkesan di luar sana, mereka terus berkorban menempuhi segala masalah yang ada, meninggalkan keluarga dan juga masalah peribadi. Atas menghargai dan keprihatinan kepada kakitangan FAMA yang terkesan ini, pihak pengurusan FAMA telah memperuntukkan sumbangan bantuan makanan bagi mereka yang dikenalpasti seramai 20 orang seluruh FAMA Negeri Pahang. Pengagihan ini telah dilaksanakan oleh Pengarah FAMA Negeri Pahang, Encik Noh bin Nik Wan.