AGROBAZAAR RAKYAT (ABR)

PENGENALAN
Projek Agrobazaar merupakan sebuah premis milik FAMA atau milik usahawan yang dinaik taraf sebagai satu platform menjual hasil-hasil pertanian secara terus dari sumber pengeluaran kepada pengguna di samping menjual barangan keperluan harian secara runcit pada harga yang berpatutan serta lain-lain hasil berasaskan pertanian. Terdapat 4 komponen  dibawah Agrobazaar seperti berikut:-

  1. Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR)
  2. Agrobazaar Rakyat (ABR)
  3. Agrobazaar R&R
  4. Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS)
     

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Agrobazaar adalah seperti berikut;

  • Outlet runcit kepada pengguna untuk mendapatkan produk agromakanan pada harga berpatutan. 
  • Ketersediaan makanan kepada rakyat pada harga berpatutan terutama dalam menghadapi krisis makanan.
  • Saluran pasaran produk agromakanan bagi membantu usahawan tani mendapat pulangan yang munasabah.
  • Mewujudkan ruang niaga alternatif kepada usahawan IAT dan segar untuk memasarkan produk keluaran setempat.
     

KONSEP 

  • Bangunan yang mempunyai lot-lot kedai didalamnya yang dibangunkan oleh FAMA dengan imej tersendiri dari segi rekabentuk dan warna cat.
  • ​​​​Berkonsepkan hentian rehat & rawat yang bersih, selesa dan santai. Lengkap dengan kemudahan tandas awam, surau dan tempat letak kenderaan selain daripada lot-lot perniagaan.
  • Premis perniagaan runcit milik usahawan sedia ada yang dinaiktaraf untuk menjalankan perniagaan menjual barangan segar dan barangan keperluan harian secara runcit.
  • Sebagai platform penyaluran produk makanan kepada pengguna pada harga produk yang berpatutan.

Pages: 1  2  3