Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
  
PENGENALAN
 Pojek Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) merupakan satu pendekatan baru dalam membangunkan usahawan pemasar buah-buahan tempatan di seluruh negara. Projek GBBS telah dimulakan pada 26 April 2006 di seluruh negara sebagai salah satu strategi bagi mewujudkan ikatan kerjasama dan kesefahaman dengan usahawan gerai buah-buahan sedia ada bagi membantu pihak FAMA memperluaskan luang pasaran alternatfi pasaran buah-buahan tempatan.
OBJEKTIF
- Mewujudkan ragkaian gerai buah-buahan yang manarik segabai salurana alternatif kepada pengguna bagi mendapatkan buah-buahan tempatan.
 - Sebagai salah satu outlet runcit bagi mengatasi masalah pemasaran seterusnya memperluaskan pasaran urusniaga buah- buahan bermusim
 - Meningkatkan nilai jualan dan pendapatan usahawan melalui tarikan pengunjung ke atas konsep keseragaman dan kebersihan gerai.
 - Mewujudkan rantaian pemasaran runcit buah-buahan di seluruh negera dikalangan peserta.
 - Seiringan dengan dasar kerajaan dalam transformasi sektor peruncitan.
 
KONSEP PEMBANGUNAN PROJEK GBBS
 Pembangunan Projek GBBS terbahagi kepada 3 konsep:
 Naik Taraf Gerai Buah Sedia ada
- Pembangunan premis sedia ada milik usahawan (bagi premis berbentuk berstruktur kanopi dan bangunan)
 - Naik taraf premis secara berkelompok dengan diuruskan minimum 3 orang usahawan (premis dalam bentuk rangkaian atau medan separa kekal samada milik PBT/ Kerajaan Negeri/ Pusat yang dikendalikan oleh FAMA).
 - Warna cat premis berkonsep tema kuning menggunakan kod Chrome Yellow BS 0002 & Wira Blue DSWC 11221 (Dulux).
 
JENIS PEMBANGUNAN GERAI GBBS
 Terdapat 2 kategori premis gerai GBBS yang dibangunkan adalah seperti berikut:
- Berstruktur Kanopi 
- Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 20’x20’
 - Premis Berstruktur Kanopi Jenis Metal Deck Bersaiz 20’x20
 - Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 10’ x 10
 
 - Berstruktur Bangunan (Baru / Sediada) – Kekal 
- Premis perniagaan dalam dibangunan sedia ada
 - Premis perniagaan dalam bangunan sedia ada milik pihak ketiga (PBT / Kerajaan Negeri / Pusat/ Swasta
 - Pembangunan baru separa kekal milik FAMA
 - Premis Berstruktur Kanopi Jenis Kanvas Bersaiz 20’x20’
 
 
 Pages: 1  2