AGROBAZAAR R&R

PENGENALAN
Agrobazaar Rehat & Rawat (R&R) merupakan sebuah premis milik FAMA atau disewa oleh FAMA yang tujuan utamanya adalah untuk berperanan sebagai pusat pemasaran dan promosi produk proses Industri Asas Tani (IAT) serta lain-lain hasil berasaskan pertanian. Projek ini merupakan satu entiti outlet runcit yang dimiliki oleh FAMA berfungsi untuk menyediakan luang pasaran yang kompetitif sebagai pusat jualan dan promosi produk Industri Asas Tani. AgroBazaar berperanan sebagai 'one stop centre' dan 'flagship' kepada pengguna untuk mendapatkan produk-produk berasaskan pertanian di samping menawarkan restoran makanan sebagai pelengkap untuk tarikan pengunjung.

OBJEKTIF
Objektif projek adalah seperti berikut :-

  • Mewujudkan ruang niaga alternatif kepada usahawan IAT dan segar untuk memasarkan produk keluaran setempat.
  • Sebagai premis yang disediakan oleh FAMA untuk usahawan IAT dan pengeluar hasil pertanian mengadakan promosi untuk memperkenalkan produk keluaran kepada pengguna.
  • Memperkenalkan produk dan menu makanan popular tempatan.
  • Meningkatkan jualan dan pendapatan usahawan.
  • Memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung disamping mendapatkan hasil keluaran IAT dan lain-lain produk pertanian.

KONSEP
Konsep AgroBazaar R&R FAMA adalah seperti berikut :

  • Bangunan kompleks yang mempunyai lot-lot kedai didalamnya yang dibangunkan oleh FAMA dengan imej tersendiri dari segi rekabentuk dan warna cat.
  • Pengurusan kompleks AgroBazaar adalah dibawah seliaan FAMA sepenuhnya. Sementara lot-lot didalamnya dioperasikan oleh usahawan.
  • Berkonsepkan hentian rehat & rawat yang bersih, selesa dan santai. Lengkap dengan kemudahan tandas awam, surau dan tempat letak kenderaan selain daripada lot-lot perniagaan.

Pages: 1  2