Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR)

PENGENALAN

Kedai runcit milik usahawan sedia ada yang dinaiktaraf bagi berperanan membeli dan menjual barang keperluan harian runcit pada harga berpatutan disamping menampilkan imej kedai yang tersusun, kemas, menarik dan seragam diseluruh negara. Fokus sasaran projek AKR adalah kedai runcit yang terletak di pinggir dan luar bandar yang mencatatkan nilai jualan bulanan sebanyak RM20 ribu untuk permohonan di Semenanjung Malaysia dan RM18 ribu di Sabah & Sarawak. Penubuhan Agrobazaar Kedai Rakyat adalah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh petani kecil dan masyarakat kampung disamping menjual barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.

OBJEKTIF
Objektif projek Agrobazaar Rakyat adalah seperti berikut:-

  • Menjadi agen bagi membeli dan menjual hasil-hasil pertanian keluaran petani kecil / masyarakat kampung
  • Membantu menambahkan pendapatan peserta dan masyarakat setempat
  • Memudahkan masyarakat setempat mendapatkan bekalan barangan keperluan asas dan produk pertanian pada harga berpatutan.
  • Menggalakkan aktiviti pertanian di kalangan masyarakat setempat
  • Menjadi platform bagi menjalankan dasar, program dan aktiviti kerajaan dalam membantu masyarakat setempat dengan cepat, mudah dan meluas.

KONSEP
Konsep Agrobazaar Kedai Rakyat yang akan dibangunkan adalah seperti berikut:-

  1. Agrobazaar Kedai Rakyat adalah kedai runcit milik usahawan.
  2. Menjalankan aktiviti mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian keluaran petani kecil dan masyarakat kampung serta barangan keperluan harian dengan harga berpatutan.
  3. Mempunyai keseragaman identiti dari segi:-
    • Rekabentuk papan tanda
    • Warna cat premis
    • Peralatan serta susun atur
       
  4. Operasi dijalankan oleh usahawan melalui khidmat bimbingan FAMA.

Pages: 1  2