Utama
Peringkat Pemborongan
Pengenalan
Pasar Tani Borong dan Pusat Jualan Borong adalah kemudahan infrastruktur pemasaran yang disediakan untuk peserta Pasar Tani bagi membolehkan mereka mengendalikan urusniaga secara borong.
Infrastruktur pemasaran ini merupakan bangunan kekal yang dilengkapi dengan berbagai kemudahan seperti ruang perniagaan yang lebih luas, kemudahan bilik sejuk, ruang pejabat, peti surat serta berbagai kemudahan awam seperti tempat letak kereta, tandas, telefon, bekalan air dan elektrik.
Tujuan
• Menaik taraf peserta Pasar Tani kepada pemborong
• Memberi peluang kepada peserta Pasar Tani untuk menceburi bidang pemborongan di premis perniagaan yang kekal
• Memudahkan kerja-kerja penggredan, pembungkusan dan amalan pemasaran yang baik melalui kemudahan peralatan yang disediakan di premis perniagaan kekal
• Menyumbang kepada dasar kerajaan untuk mewujudkan lebih ramai peserta Bumiputera di dalam aktiviti pemasaran hasil pertanian
• Usahawan yang berjaya daripada kalangan peserta Pasar Tani.
• Usahawan yang mengeluarkan produk atau produk proses hasil pertanian secara besar-besaran.
• Usahawan yang mempunyai rangkaian perniagaan yang mantap.
• Petani
• Pengeluar produk makanan atau keluaran berasaskan pertanian
• Pengusaha projek pertanian atau projek berasaskan pertanian
• Berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang berumur di bawah 40 tahun
• Berupaya mengendalikan urusniaga
• Sanggup menerima teguran dan cadangan daripada pihak FAMA
• Sanggup dan bersedia ditempatkan di mana-mana pasar tani
Beli dan isi borang permohonan Pasar Tani dan kemukakan borang yang telah lengkap diisi ke pejabat FAMA yang terdekat.