Utama
Peringkat Peruncitan
1. PASAR TANI RUNCIT
Pengenalan
Pasar Tani Runcit ditubuhkan untuk mewujudkan luang pasaran bagi golongan petani atau pengeluar supaya mereka boleh memasarkan hasil keluaran mereka terus kepada pengguna.
Pasar Tani juga bertindak sebagai medan pertemuan di antara pengeluar dengan pengguna dan telah menjadi institusi pemasaran yang penting dan popular di negara ini.
Tujuan
• Meluaskan luang pasaran hasil pertanian.
• Mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
• Pendedahan petani kepada proses pemasaran.
• Meningkatkan pendapatan petani.
• Medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru
Skop Perkhidmatan FAMA
• Penyediaan luang perniagaan dalam bidang peruncitan
• Pembayaran secara mudah bagi pembelian peralatan seperti payung, kanopi, bakul, meja, alas meja dan pakaian seragam.
• Khidmat urusetia
• Maklumat harga panduan
• Pengesahan alat timbang (dengan kerjasama Jabatan Timbang dan Sukat)
• Pengesahan berat barangan yang dibeli
• Panduan susunatur dan persembahan produk
• Promosi produk baru
Kumpulan Sasaran
Semua pengeluar produk hasil pertanian (proses dan segar).
Kelayakan
Umur: 18 - 60 tahun
Kerakyatan Permit: Warnegara Malaysia
Bayaran Tapak: Pemilik tapak dikehendaki membayar yuran tapak sebelum memulakan perniagaan
Bayaran Jualan: Menjual hasil- hasil pertanian/ barang sendiri atau mendapatkan bekalan daripada FAMA
Peniaga makanan: Perlu hadir kursus pengendalian makanan & sedia menerima suntikan demam kepialu (typhoid)
Cara Memohon
• Beli borang penyertaan Pasar Tani di pejabat FAMA yang berdekatan dengan harga RM2 setiap satu. Yuran proses sebanyak RM5 setiap permohonan juga akan dikenakan.
• Hantar permohonan yang lengkap kepada: Pejabat FAMA yang berdekatan.