pasar tani kekal (PTK)

SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia (tidak termasuk taraf penduduk tetap)
  2. Petani / Pengeluar (diberi keutamaan)
  3. Usia tidak kurang 18 tahun & tidak melebihi 60 tahun (keutamaan usia kurang dari 40 tahun)
  4. Pemohon hendaklah pengusaha yang menjalankan / menguruskan perniagaan urusniaga tetap,
  5. Melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan ke Pejabat FAMA yang berhampiran
  6. Keutamaan diberikan kepada peserta-peserta pasar setempat iaitu Peserta Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Minggu, Pasar Lambak, Pasar Sehari, Pasar Tamu, Pasar ”Up Town”.
  7. Setiap peserta yang diterima untuk menjadi peserta PTK WAJIB menggunakan set peralatan yang seragam. Set peragaan jualan boleh dibeli daripada pihak FAMA
     
CARA PERMOHONAN
  • Muat turun Borang Permohonan Pasar Tani Kekal (PTK) di dalam laman web FAMA (www.fama.gov.my) atau di Pejabat FAMA yang berdekatan
  • Hantar Borang Permohonan Pasar Tani Kekal (PTK) yang telah lengkap ke Pejabat FAMA Negeri atau di Pejabat FAMA Daerah yang berdekatan