Pusat Pemprosesan Buah-Buahan Segar

Soalan 1: Bagaimana saya ingin menggunakan Pusat Pemprosesan Segar Buah-buahan FAMA ini?
Jawapan: Permohonan penggunaan Pusat Pemprosesan Segar Buah-buahan FAMA ini boleh dikemukakan terus kepada pusat tersebut. 

Soalan 2: Apakah manfaat jika saya menggunakan Pusat Pemprosesan Segar Buah-buahan FAMA yang telah mempunyai Pensijilan GMP dan Halal ini?
Jawapan: Manfaat daripada penggunaan Pusat Pemprosesan Segar Buah-buahan FAMA ini adalah:

  • Memudahkan aktiviti pengeksportan ke luar negara
  • Jaminan keselamatan makanan
  • Pengiktirafan yang diperoleh akan memudahkan produk bersaing di pasaran