Soalan: Bagaimana saya boleh menyertai program Jualan Terus Dari Ladang? 
Jawapan: Peserta Program Ladang Kontrak yang berminat boleh memaklumkan kepada penyelaras Program Ladang Kontrak di Negeri atau Daerah berdekatan untuk menyertai program ini. 

Soalan: Apakah syarat utama yang perlu saya patuhi jika saya ingin menyertai program ini?
Jawapan: Syarat utama penyertaan program ini adalah:

  • Jualan daripada hasil ladang sendiri atau terus dari ladang
  • Harga jualan lebih rendah 5-30% dari pasaran
     

Soalan: Dimanakah Program Jualan Terus Dari Ladang diadakan?
Jawapan: Pada kebiasaannya program Jualan Terus Dari Ladang diadakan di outlet-outlet berikut:

  • Pasar Tani
  • MAFI Mart
  • Pasaraya terpilih
     

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program sila hubungi Pejabat FAMA Negeri dan Daerah berhampiran atau ikuti kami di laman sosial Facebook (www.facebook.com/JualanTerusDariLadang)