Bahagian Risikan dan Pemodenan Pasaran, FAMA berperanan menyokong Kerajaan dalam merangka dasar serta perancangan strategik sektor pertanian, selain menyediakan maklumat risikan pasaran yang bernilai kepada petani dan pengusaha pertanian. Maklumat ini membolehkan pihak berkepentingan memahami dinamik pasaran semasa serta mengenal pasti potensi produk pertanian di peringkat domestik dan antarabangsa.

Bahagian Risikan dan Pemodenan Pasaran, juga memainkan peranan penting dalam memantau perubahan harga di pelbagai peringkat pasaran, termasuk ladang, borong, dan runcit, sekaligus menyokong perancangan serta pengurusan sektor pertanian secara lebih berkesan.