Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak
PENGENALAN
Pusat Transformasi Luar Bandar atau Rural Transformation Center (RTC) FAMA Perak, terletak di Gopeng. RTC diwujudkan untuk memberikan perkhidmatan dan maklumat mengenai peluang-peluang yang disediakan oleh jabatan/agensi kerajaan kepada penduduk sekitar. RTC juga memberi manfaat kepada penduduk luar bandar dengan memenuhi keperluan menyeluruh dan sebagai pusat integrasi perkhidmatan holistik.
KESELURUHAN BLOK DI RTC FAMA PERAK

OBJEKTIF
Penubuhan RTC Perak adalah untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar melalui aspek peningkatan pendapatan, pengurangan kos sara hidup selain memudahkan akses penduduk setempat kepada perkhidmatan kerajaan. Dua komponen penting yang diketengahkan di RTC Perak adalah perkhidmatan dan kegiatan ekonomi melalui tiga konsep utama penubuhan iaitu perkhidmatan kerajaan dan swasta, hub perniagaan dan pusat kegiatan belia.
TIGA KONSEP UTAMA PENUBUHAN RTC FAMA PERAK
