Perkhidmatan Yang Ditawarkan
info bahagian
- Cawangan Korporat & Advokasi
- Bahagian Audit Dalam
- Unit Integriti
- Unit Undang-Undang
- FAMACORP
- Bahagian Pemasaran Segar & Intervensi
- Bahagian Pasaran Produk Proses
- Bahagian Padanan Bekalan
- Bahagian Institusi Pasaran
- Bahagian Keusahawanan Pemasar
- Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
- Risikan & Permodenan Pasaran
- Bahagian Regulasi Pasaran
- Bahagian Galakan Pasaran & Kepenggunaan
- Bahagian Pasaran Antarabangsa
- Bahagian Kewangan
- Bahagian Pentadbiran
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bahagian Kejuruteraan
- Bahagian Perkhidmatan Digital
Navigation
bahagian Keusahawanan Pemasar
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Keusahawanan Pemasar adalah berdasarkan fungsi-fungsinya seperti berikut:
Fungsi 1: Pembangunan Usahawan Berkemahiran Tinggi:
- Melahirkan usahawan agro makanan yang kompeten dan dinamik serta berdaya saing.
Jenis latihan yang ditawarkan:
- Kursus Asas Keusahawanan
- Kursus Business Model Canvas
- Kursus Pengurusan Kewangan
- Kursus Pengurusan Rantaian Bekalan Makanan
- Kursus Promosi & Teknik Jualan Berkesan
- Kursus Strategi Daya Tahan Usahawan (Resilience & Crisis Management)
- Kursus Pemikiran Strategik & Penyelesaian Masalah
- Seminar Teknikal Bisnes Usahawan Pemasar Agromakanan (Set Up)
- Kursus Pembangunan Produk & Jenama Baharu
- Kursus Pengiraan Kos & Penetapan Harga Produk Agromakanan
- Kursus Strategi Pemasaran & Jualan Efektif
- Kursus Penjenamaan & Pemasaran Produk Agromakanan
- dan lain-lain yang bersesuaian mengikut keadaan semasa
Fungsi 2: Melahirkan Tenaga Pakar Dalaman dan Luaran:
- Melahir tenaga pengajar berkemahiran dalam sektor agromakanan bagi memperkasa penyampaian modul latihan.
Jenis latihan yang ditawarkan:
- Latihan Kepakaran Bidang Teknikal
- Latihan Penyediaan Modul
- Latihan Peningkatan Soft Skills
- Program Agro Trainer
Fungsi 3: TVET Pemasaran Agromakanan
- ILFKB menawarkan Program SKM Tahap 3 dalam bidang Sales and Agro Based Marketing. Program ini melatih belia dalam pemasaran hasil pertanian dan keusahawanan melalui pendekatan 70% amali dan 30% teori yang merangkumi jualan, promosi, logistik, pengurusan outlet dan penyeliaan.
- ILFKB juga menyediakan sewaan fasiliti latihan seperti :
- Bilik Nyor (50pax-Classroom, 70pax-Theatre)
- Bilik Woh Setor (60 pax-Classroom, 90pax-Theatre)
- Bilik Komputer (20 pax)
- Dewan Duyan (80 pax-Classroom, 140pax-Theare)
- Dewan Makan (100 pax)
- Bilik Kuliah 1 (25 pax)
- Bilik Kuliah 2 (25 pax)
- Studio Rakaman
Fungsi 4: Pendigitalan dan Inovasi Teknologi
- Memperkasa usahawan dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi bagi meningkatkan daya saing dalam ekonomi moden.
Jenis latihan yang ditawarkan:
- A.I Perniagaan: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk pengurusan data pelanggan dan automasi operasi.
- Pendapatan Pendigitalan: Pemasaran dan jualan di platform e-dagang seperti TikTok Shop, Agrobazaar online, Shopee, ebay, Alibaba dan Halal Integrated Platform (HIP).
- Data Perniagaan: Latihan analitik data dan penggunaan dashboard pintar.
- Kreativiti Digital & Pemasaran Moden: Latihan Penghasilan Kandungan Kreatif (Content Creation) – Latihan Fotografi & Videografi Produk Agro. Latihan Pembangunan Website & E-Store. Latihan Digital Branding & Social Media Marketing.
Fungsi 5: Pembangunan Modul dan Bahan Pembelajaran
- Membangunkan modul latihan secara komprehensif berdasarkan keperluan semasa industri agromakanan.
- Menghasilkan bahan pendidikan interaktif dalam bentuk video melalui platform FAMA Education Channel untuk pembelajaran kendiri dan berterusan. Boleh layari di youtube FAMATV, Folder FAMA Education Channel
Fungsi 6: Pemasaran Agromakanan
- Meningkatkan keupayaan usahawan dalam memastikan kualiti hasil agromakanan kekal optimum, meminimumkan kerosakan sepanjang rantaian bekalan dan mematuhi standard keselamatan makanan.
Jenis latihan yang ditawarkan:
- Kursus Pengendalian Lepas Tuai
- Kursus Pelaburan & Pemasaran Tanaman Bernilai Tinggi
- Kursus Teknologi Retort,
- Kursus Teknologi Kering (Vacuum Fry),
- Kursus Sejuk Beku (Kriogenik)
Fungsi 7: Peluasan Pasaran dan Pensijilan
- Membantu usahawan menembusi pasaran antarabangsa dengan memenuhi keperluan pensijilan.
Jenis latihan yang ditawarkan:
- Latihan dan bimbingan disediakan bagi membantu usahawan memperoleh pensijilan seperti HALAL, GMP, HACCP dan MeSTI.
Fungsi 8: Khidmat Nasihat dan Pemantauan
- Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan yang berterusan untuk membantu usahawan dalam mengoptimumkan operasi perniagaan, meningkatkan pemasaran dan mengekalkan daya saing dalam industri agromakanan.
Jenis perkhidmatan yang ditawarkan:
Sesi 1 : Bimbingan daripada pakar/pemudahcara
Sesi 2 : Bimbingan daripada Usahawan Mentor yang terpilih.
Fungsi 9: Kolaborasi Strategik Pembangunan Usahawan Pemasar
- Merancang dan melaksanakan kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pemain industri dan agensi berkaitan bagi penyediaan latihan, kemudahan pembiayaan, akses pasaran serta sokongan ekosistem keusahawanan agromakanan.
- Antara kerjasama strategik yang telah dijalankan adalah seperti PayNet, Bank Rakyat, Maybank, Segi Fresh dan Halal Development Corporation (HDC) serta terbuka kepada penglibatan rakan strategik lain pada masa akan datang
Jenis perkhidmatan yang ditawarkan:
- Penyediaan Latihan Berkolaborasi
· Pelaksanaan latihan, bengkel dan program pembangunan usahawan secara bersama dengan rakan strategik merangkumi aspek pemasaran, digital, kewangan dan keusahawanan.
- Fasilitasi Akses Pembiayaan
· Penghubung antara usahawan dengan institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan pembayaran bagi akses kepada pembiayaan, solusi kewangan digital dan literasi kewangan.
- Pembukaan & Pengembangan Akses Pasaran
· Penyelarasan peluang pasaran domestik melalui kerjasama dengan pemain industri, peruncit dan platform strategik bagi meluaskan jaringan pemasaran produk agromakanan.
- Pembangunan Ekosistem & Rangkaian Industri
· Pembinaan jaringan strategik antara usahawan, industri, institusi kewangan dan agensi berkaitan bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan agromakanan.
- Khidmat Padanan Strategik (Business Matching)
· Padanan usahawan dengan rakan industri, pembeli, penyedia teknologi dan pihak sokongan berdasarkan keperluan perniagaan.
Fungsi 10: Perkhidmatan Pemasaran Digital Agrobazaar Online:
- Merangkumi pelaksanaan promosi dan kempen pemasaran Agrobazaar Online secara digital dan fizikal, pengurusan jualan serta program khas, pembangunan usahawan digital dan penyelarasan kerjasama strategik bersama agensi serta pihak swasta bagi memperkukuh ekosistem pemasaran digital agromakanan.
Jenis Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Menyediakan platform e-dagang rasmi bagi penjualan produk pertanian dan agromakanan secara dalam talian.
- Pendaftaran dan pengurusan vendor/usahawan, termasuk bimbingan penyenaraian produk.
- Khidmat pemasaran dan promosi digital melalui media sosial, kempen jualan dan siaran langsung.
- Latihan dan pembangunan usahawan serta ejen pemasar dalam pemasaran atas talian.
- Khidmat sokongan dan khidmat pelanggan kepada usahawan dan pengguna.